Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

سَبْعَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ -عَزَّ وَجَلَّ- إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلَا يُزَكِّيهِمْ، وَيَقُولُ: ادْخُلُوا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ: الفَاعِلُ، وَالْمَفْعُولُ بهِ، وَالنَّاكِحُ يَدَهُ وَنَاكِحُ الْبَهِيمَةِ، وَنَاكِحُ الْمَرْأَةِ فِي دُبرِها، وَنَاكِحُ الْمَرْأَةِ وَابْنَتِهَا، وَالزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ، وَالْمُؤْذِي لِجَارِهِ حَتَّى يَلْعَنَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat dan tidak akan dibersihkan (daripada dosa) serta Allah akan perintahkan: ((Masuklah kalian ke dalam neraka bersama golongan yang memasukinya (iaitu): Si pelaku, orang yang diperlakukan, orang yang menyetubuhi tangannya (pelaku onani), orang yang menyetubuhi binatang, orang yang menyetubuhi wanita melalui duburnya, orang yang menyetubuhi wanita dan anak perempuannya, orang yang berzina dengan isteri jirannya serta orang yang mengganggu jirannya sehingga dia (jiran itu) menyumpahnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis no. 3904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((سبعة لا ينظر الله -عز وجل- إليهم يوم القيامة، ولا يزكيهم، ويقول: ادخلوا النار مع الداخلين: الفاعل، والمفعول به، والناكح يده، وناكح البهيمة، وناكح المرأة في دبرها، وناكح المرأة وابنتها، والزاني بحليلة جاره، والمؤذي لجاره حتى يلعنه)). [ابن بشران، «الضعيفة» (319)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RHUMA secara marfu’: ((Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat dan tidak akan dibersihkan (daripada dosa) serta Allah akan perintahkan: Masuklah kalian ke dalam neraka bersama golongan yang memasukinya (iaitu): Si pelaku, orang yang diperlakukan, orang yang menyetubuhi tangannya (pelaku onani), orang yang menyetubuhi binatang, orang yang menyetubuhi wanita melalui duburnya, orang yang menyetubuhi wanita dan anak perempuannya, orang yang berzina dengan isteri jirannya serta orang yang mengganggu jirannya sehingga dia (jiran itu) menyumpahnya)). [Riwayat Ibn Busyran dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 319]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.