Tujuh golongan yang telah aku laknat

TEKS BAHASA ARAB

سبعة لعنتهم وكل نبي مجاب: الزائد في كتاب الله والمكذب بقدر الله والمستحل حرمة الله والمستحل من عترتي ما حرم الله والتارك لسنتي والمستأثر بالفيء والمتجبر بسلطانه ليعز من أذل الله ويذل من أعز الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang telah aku laknat (dengan berkata: semoga Allah melaknat mereka) dan semua Nabi itu doanya dimakbulkan: (Mereka itu adalah) orang-orang yang menambah-nambah (menyeleweng) kitab Allah, orang-orang yang mengingkari takdir Allah, orang-orang yang mencabuli kesucian perkara yang diangkat sebagai suci oleh Allah, orang-orang yang menyangka dia boleh melakukan perkara yang diharamkan Allah ke atas keluargaku (yakni dengan menyakiti mereka), orang-orang yang meninggalkan amalan sunnahku, orang-orang yang mengambil harta rampasan (yang didapati tanpa pergi berperang) dan tidak menguruskannya dengan betul, dan orang-orang yang menyombongkan diri dengan kuasa yang dimilikinya yang mana mereka memuliakan golongan yang menghina Allah dan menghina orang yang dimuliakan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1839, hadis nombor 9275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن شعواء اليافعي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سبعة لعنتهم وكل نبي مجاب: الزائد في كتاب الله، والمكذب بقدر الله، والمستحل حرمة الله، والمستحل من عترتي ما حرم الله، والتارك لسنتي، والمستأثر بالفيء، والمتجبر بسلطانه ليعز من أذل الله، ويذل من أعز الله)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (3689)]

(Lemah) Daripada ‘Amr bin Sha‘wa’ al-Yafi’i RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tujuh golongan yang telah aku laknat (dengan berkata: semoga Allah melaknat mereka) dan semua Nabi itu doanya dimakbulkan: (Mereka itu adalah) orang-orang yang menambah-nambah (menyeleweng) kitab Allah, orang-orang yang mengingkari takdir Allah, orang-orang yang mencabuli kesucian perkara yang diangkat sebagai suci oleh Allah, orang-orang yang menyangka dia boleh melakukan perkara yang diharamkan Allah ke atas keluargaku (yakni dengan menyakiti mereka), orang-orang yang meninggalkan amalan sunnahku, orang-orang yang mengambil harta rampasan (yang didapati tanpa pergi berperang) dan tidak menguruskannya dengan betul, dan orang-orang yang menyombongkan diri dengan kuasa yang dimilikinya yang mana mereka memuliakan golongan yang menghina Allah dan menghina orang yang dimuliakan Allah.
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3689]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs