Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سبعةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ تحتَ ظلِّهِ يومَ لا ظِلَّ إلا ظِلُّهُ : إمامٌ مُقْسِطٌ ورجلٌ لقِيَتْهُ امرأةٌ ذاتُ جمالٍ ومَنْصِبٍ فعرضتْ نفسَها عليهِ فقال : إني أخافُ اللهَ ربَّ العالمينَ ورجلٌ قلبُه مُعَلَّقٌ بالمساجدِ ورجلٌ تَعَلَّمَ القرآنَ في صغرِه فهو يتلوهُ في كبرِه ورجلٌ تصدقَ بصدقةٍ بيمينِه فأخفاها عن شمالِه ورجلٌ ذَكَرَ اللهَ في بَريَّةٍ ففاضتْ عيناهُ خشيةً من اللهِ عزَّ وجلَّ ورجلٌ لَقِيَ رجلًا فقال : إني أُحِبُّكَ في اللهِ فقال له الرجلُ : وأنا أُحِبُّكَ في اللهِ
Teks Bahasa Melayu
Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya: Pemimpin yang adil, seorang pemuda yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kecantikan dan kedudukan lalu dia menawarkan dirinya, kemudian pemuda tersebut berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah. Dia Tuhan sekalian alam, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, seorang lelaki yang mempelajari Al-Quran pada waktu kecilnya lalu membacanya ketika dewasa, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan sedekah tersebut daripada pengetahuan tangan kirinya, seorang lelaki yang mengingati Allah di padang pasir lalu dia menangis takut kepada Allah SWT dan seorang lelaki yang bertemu dengan saudaranya dan berkata : Aku menyayangi kamu kerana Allah. Lalu saudaranya membalas: Aku juga menyayangi kamu kerana Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 895, hadis no. 4588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه فقال: إني أخاف الله رب العالمين ورجل قلبه متعلق بالمساجد ورجل تعلم القرآن في صغره فهو يتلوه في كبره؛ ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه خشية من الله عز وجل ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله. [هب, الضعيفة (5824)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya: Pemimpin yang adil, seorang pemuda yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kecantikan dan kedudukan lalu dia menawarkan dirinya, kemudian pemuda tersebut berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah. Dia Tuhan sekalian alam, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, seorang lelaki yang mempelajari Al-Quran pada waktu kecilnya lalu membacanya ketika dewasa, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan sedekah tersebut daripada pengetahuan tangan kirinya, seorang lelaki yang mengingati Allah di padang pasir lalu dia menangis takut kepada Allah SWT dan seorang lelaki yang bertemu dengan saudaranya dan berkata : Aku menyayangi kamu kerana Allah. Lalu saudaranya membalas: Aku juga menyayangi kamu kerana Allah.. [Al-Baihaqi didalam Shu’ab Al-Iman. Al-Dha’ifah no 5824].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman