Tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره فهو يتلوه في كبره، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه؛ خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang berjumpa dengan wanita yang cantik dan berkedudukan, lalu wanita itu menggodanya maka dia (lelaki itu) berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan sekalian alam, lelaki yang hatinya berpaut dengan masjid, seorang lelaki yang mempelajari al-Quran ketika kecil dan membacanya ketika dewasa, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu dia menyembunyikannya daripada tangan kirinya, seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan dia berada kalangan makhluk lalu berlinangan air matanya kerana takut akan Allah SWT, seorang lelaki yang berjumpa dengan seorang lelaki lalu berkata: Aku mencintaimu kerana Allah. Lalu lelaki itu berkata: Aku juga mencintaimu kerana Allah.

STATUS

Munkar dengan turutan ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 847, hadis nombor 4342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره فهو يتلوه في كبره، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه؛ خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله)).
[هب، ((الضعيفة)) (5824)]

(Munkar dengan turutan ini) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang berjumpa dengan wanita yang cantik dan berkedudukan, lalu wanita itu menggodanya maka dia (lelaki itu) berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan sekalian alam, lelaki yang hatinya berpaut dengan masjid, seorang lelaki yang mempelajari al-Quran ketika kecil dan membacanya ketika dewasa, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu dia menyembunyikannya daripada tangan kirinya, seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan dia berada kalangan makhluk lalu berlinangan air matanya kerana takut akan Allah SWT, seorang lelaki yang berjumpa dengan seorang lelaki lalu berkata: Aku mencintaimu kerana Allah. Lalu lelaki itu berkata: Aku juga mencintaimu kerana Allah.
[Riwayat al-Baihaqī dalam Syu’ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5824]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs