Tujuh golongan yang Allah teduhi mereka di bawah teduhan-Nya pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره؛، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang Allah teduhi mereka di bawah teduhan-Nya pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan-Nya: Pemimpin yang adil; lelaki yang apabila seorang wanita cantik dan berkedudukan mendatanginya lalu menawarkan diri kepadanya (untuk berzina), dia berkata: Sesungguhnya aku takut akan Allah Tuhan seluruh alam; lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid; lelaki yang mempelajari al-Quran ketika usia mudanya, lalu dia membacanya ketika usia tuanya; lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu menyembunyikannya daripada tangan kirinya; lelaki yang mengingati Allah di padang pasir, lalu bercucuran air matanya kerana takutkan Allah Azzawajalla; dan lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki lain, lalu dia berkata: Sesungguhnya aku sayangkan kamu kerana Allah, lalu lelaki tersebut membalas: Aku juga sayangkan kamu kerana Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321-322, hadis nombor 1696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: ((سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره؛، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله)). [هب، (الضعيفة)) (5824)].

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Tujuh golongan yang Allah teduhi mereka di bawah teduhan-Nya pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan-Nya: Pemimpin yang adil; lelaki yang apabila seorang wanita cantik dan berkedudukan mendatanginya lalu menawarkan diri kepadanya (untuk berzina), dia berkata: Sesungguhnya aku takut akan Allah Tuhan seluruh alam; lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid; lelaki yang mempelajari al-Quran ketika usia mudanya, lalu dia membacanya ketika usia tuanya; lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu menyembunyikannya daripada tangan kirinya; lelaki yang mengingati Allah di padang pasir, lalu bercucuran air matanya kerana takutkan Allah Azzawajalla; dan lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki lain, lalu dia berkata: Sesungguhnya aku sayangkan kamu kerana Allah, lalu lelaki tersebut membalas: Aku juga sayangkan kamu kerana Allah.” [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5824].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs