Munkar Dengan Konteks Ini

30/06/2024

minit bacaan



Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang bertemu dengan seorang perempuan yang cantik lagi berkedudukan, dia menawarkan dirinya kepada lelaki itu

Teks Bahasa Arab

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ تَحْتَ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: إِمَامٌ مُقْسِطٌ. وَرَجُلٌ لَقِيَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ جَمَالٍ وَمَنْصِبٍ، فَعَرَضَتْ نَفْسَهَا عَلَيْهِ؛ فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسَاجِدِ. وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ فِي صِغَرِهِ؛ فَهُوَ يَتْلُوهُ فِي كِبَرِهِ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ بِيَمِينِهِ؛ فَأَخْفَاهَا عَنْ شِمَالِهِ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي بَرِّيَّةٍ؛ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ؛ خَشْيَةً مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. وَرَجُلٌ لَقِيَ رَجُلًا؛ فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ، فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ: وَأَنَا أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang bertemu dengan seorang perempuan yang cantik lagi berkedudukan, dia menawarkan dirinya kepada lelaki itu, lalu lelaki itu berkata : “Sesungguhnya aku takutkan Allah Tuhan sekalian alam, dan seorang lelaki yang bertaut jantung hatinya dengan masjid, dan seorang lelaki yang mempelajari al-Quran semasa kecil dan dia sentiasa membacanya semasa dewasa, dan seorang lelaki yang yang mengeluarkan sedekah kemudian dia menyembunyikannya dari tangan kirinya, dan seorang lelaki yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian bergelinangan kedua matanya kerana takutkan Allah ﷻ. Dan seorang lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki yang lain, lalu dia berkata : Sesungguhnya aku mengasihimu kerana Allah. Dan lelaki itu pun membalas : Dan aku juga mengasihimu kerana Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Konteks Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159 - 160, hadis no. 796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ تَحْتَ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: إِمَامٌ مُقْسِطٌ. وَرَجُلٌ لَقِيَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ جَمَالٍ وَمَنْصِبٍ، فَعَرَضَتْ نَفْسَهَا عَلَيْهِ؛ فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسَاجِدِ. وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ فِي صِغَرِهِ؛ فَهُوَ يَتْلُوهُ فِي كِبَرِهِ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ بِيَمِينِهِ؛ فَأَخْفَاهَا عَنْ شِمَالِهِ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي بَرِّيَّةٍ؛ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ؛ خَشْيَةً مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. وَرَجُلٌ لَقِيَ رَجُلًا؛ فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ، فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ: وَأَنَا أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ)). [أبو علي بن شاذان في ((مشيخته))، هب، خط، ((الضعيفة)) (6968)]

(Munkar Dengan Konteks Ini) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang bertemu dengan seorang perempuan yang cantik lagi berkedudukan, dia menawarkan dirinya kepada lelaki itu, lalu lelaki itu berkata : “Sesungguhnya aku takutkan Allah Tuhan sekalian alam, dan seorang lelaki yang bertaut jantung hatinya dengan masjid, dan seorang lelaki yang mempelajari al-Quran semasa kecil dan dia sentiasa membacanya semasa dewasa, dan seorang lelaki yang yang mengeluarkan sedekah kemudian dia menyembunyikannya dari tangan kirinya, dan seorang lelaki yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian bergelinangan kedua matanya kerana takutkan Allah ﷻ. Dan seorang lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki yang lain, lalu dia berkata : Sesungguhnya aku mengasihimu kerana Allah. Dan lelaki itu pun membalas : Dan aku juga mengasihimu kerana Allah’’. [Riwayat Abu ‘Ali bin Shazani dalam Masyyikhahnya, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi dan Tarikh Baghdad oleh al-Khatib Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6968].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.