Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain daripada naungan-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: ‌إمام ‌مقسط. ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه؛ فقال: إني أخاف الله رب العالمين. ورجل قلبه معلق بالمساجد. ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره. ورجل تصدق بصدقة بيمينه؛ فأخفاها عن شماله. ورجل ذكر الله في برية؛ ففاضت عيناه؛ خشية من الله -عز وجل-. ورجل لقي رجلا؛ فقال: إني أحبك في الله، فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain daripada naungan-Nya: Pemimpin yang adil. Seorang lelaki yang didatangi perempuan yang cantik dan berkedudukan lalu lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan sekalian alam. Lelaki yang hatinya terpaut ke masjid. Lelaki yang belajar al-Quran ketika masih kecil dan dia membacanya ketika dia dewasa. Lelaki yang bersedekah dengan tangan kanan lalu menyembunyikannya daripada tangan kirinya. Lelaki yang mengingati Allah di padang pasir lalu mengalirlah air matanya kerana takutkan Allah. Lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki yang lain lalu dia berkata: Aku mencintaimu kerana Allah. Lalu lelaki itu berkata: Aku juga mencintaimu kerana Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 700, hadis nombor 3588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: ‌إمام ‌مقسط. ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه؛ فقال: إني أخاف الله رب العالمين. ورجل قلبه معلق بالمساجد. ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره. ورجل تصدق بصدقة بيمينه؛ فأخفاها عن شماله. ورجل ذكر الله في برية؛ ففاضت عيناه؛ خشية من الله -عز وجل-. ورجل لقي رجلا؛ فقال: إني أحبك في الله، فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله)). [ابن شاذان في ((مشيخته))، هب، خط، ((الضعيفة)) (6968)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain daripada naungan-Nya: Pemimpin yang adil. Seorang lelaki yang didatangi perempuan yang cantik dan berkedudukan lalu lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan sekalian alam. Lelaki yang hatinya terpaut ke masjid. Lelaki yang belajar al-Quran ketika masih kecil dan dia membacanya ketika dia dewasa. Lelaki yang bersedekah dengan tangan kanan lalu menyembunyikannya daripada tangan kirinya. Lelaki yang mengingati Allah di padang pasir lalu mengalirlah air matanya kerana takutkan Allah. Lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki yang lain lalu dia berkata: Aku mencintaimu kerana Allah. Lalu lelaki itu berkata: Aku juga mencintaimu kerana Allah. [Riwayat Ibn Syādzān dalam Masyīkhahnya, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6968]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.