Tujuh golongan manusia yang Allah naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada perlindungan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب فعرضت نفسها عليه فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه معلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره فهو يتلوه في كبره، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan manusia yang Allah naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan-Nya: Pemimpin yang adil. Lelaki yang menemui wanita yang mempunyai kecantikan dan pangkat lalu wanita itu menawarkan dirinya kepadanya, lalu lelaki itu berkata: Sesungguhnya saya takut kepada Allah Tuhan sekalian alam. Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid. Lelaki yang mempelajari al-Quran sewaktu kecilnya, dan membacanya ketika sudah dewasa. Lelaki yang memberikan sedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikannya daripada tangan kirinya. Lelaki yang mengingati Allah di padang pasir, lalu matanya bergenang dengan air mata kerana takutkan Allah. Lelaki yang bertemu dengan lelaki yang lain, lalu dia berkata: Saya mencintai kamu kerana Allah, lelaki yang lain pula berkata kepadanya: dan saya juga mencintai kamu kerana Allah.

STATUS

Munkar Dengan Turutan Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2070, hadis nombor 10395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط. ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه؛ فقال: إني أخاف الله رب العالمين. ورجل قلبه معلق بالمساجد. ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره. ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه خشية من الله عز وجل. ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.
[ابن شاذان في ((مشيخته))، هب، خط، ((الضعيفة)) (6968)]

(Munkar Dengan Turutan Ini)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan manusia yang Allah naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan-Nya: Pemimpin yang adil. Lelaki yang menemui wanita yang mempunyai kecantikan dan pangkat lalu wanita itu menawarkan dirinya kepadanya, lalu lelaki itu berkata: Sesungguhnya saya takut kepada Allah Tuhan sekalian alam. Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid. Lelaki yang mempelajari al-Quran sewaktu kecilnya, dan membacanya ketika sudah dewasa. Lelaki yang memberikan sedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikannya daripada tangan kirinya. Lelaki yang mengingati Allah di padang pasir, lalu matanya bergenang dengan air mata kerana takutkan Allah. Lelaki yang bertemu dengan lelaki yang lain, lalu dia berkata: Aku mencintai kamu kerana Allah, lelaki yang lain pula berkata kepadanya: dan aku juga mencintai kamu kerana Allah.
[Riwayat Ibn Shāżān dalam Mashīkhatih, al-Baihaqī dalam Shu’ab al-Īmān, dan al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6968]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.