Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tujuh fitnah (bencana) selepas kewafatan baginda SAW

Teks Bahasa Arab

أُحَذِّرُكم سَبْعَ فتنٍ تكونُ بعدي: فتنةٌ تُقْبِلُ من المدينةِ, وفتنةٌ من مكة, وفتنةٌ تُقْبِلُ من اليمنِ، وفتنةٌ تُقْبِلُ من الشامِ، وفتنةٌ تُقْبِلُ من المَشْرِقِ، وفتنةٌ تُقْبِلُ من المغربِ، وفتنةٌ من بَطْنِ الشامِ، وهي السُّفْيانِيُّ.

Teks Bahasa Melayu

Aku memperingatkan kamu terhadap 7 fitnah (bencana) yang akan berlaku selepas kewafatanku iaitu fitnah (bencana) yang akan berlaku di Madinah, fitnah (bencana) di Makkah, fitnah (bencana) di Yaman, fitnah (bencana) di Syam, fitnah (bencana) di timur, fitnah (bencana) di barat dan fitnah (bencana) yang berpunca daripada dalam Syam iaitu golongan al-Sufyani.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1314, hadis no. 6708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أحذركم سبع فتن تكون بعدي: فتنة تقبل من المدينة، وفتنة في مكة، وفتنة تقبل من اليمن، وفتنة تقبل من الشام، وفتنة تقبل من المشرق، وفتنة تقبل من المغرب، وفتنة من بطن الشام، وهي السفياني. [ك، ((الضعيفة)) (١٨٧٠)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Aku memperingatkan kamu terhadap 7 fitnah (bencana) yang akan berlaku selepas kewafatanku iaitu fitnah (bencana) yang akan berlaku di Madinah, fitnah (bencana) di Makkah, fitnah (bencana) di Yaman, fitnah (bencana) di Syam, fitnah (bencana) di timur, fitnah (bencana) di barat dan fitnah (bencana) yang berpunca daripada dalam Syam iaitu golongan al-Sufyani. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1870].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.