Tuhanku yang mendidikku dan aku dibesarkan di dalam Bani Sa’d

TEKS BAHASA ARAB

أدبني ربي، ونشأت في بني سعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuhanku yang mendidikku dan aku dibesarkan di dalam Bani Sa’d.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1807, hadis nombor 9113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جد محمد بن عبدالرحمن الزهري، قال: قال رجل من بني سليل: يا رسول الله! أيدالك الرجل امرأته؟ قال: ((نعم إذا كان مفلجا))، فقال له أبو بكر: يا رسول الله! ما قال لك؟ وما قلت له؟ قال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إنه قال: أيماطل الرجل أهله؟ فقلت له: نعم؛ إذا كان مفلسا))، فقال أبو بكر: يا رسول الله، لقد طفت في العرب، وسمعت فصحاءهم، فما سمعت أفصح منك فمن أدبك؟ قال: ((أدبني ربي ونشأت في بني سعد)). [الجرجاني، ((الضعيفة)) (2185)]

(Lemah) Daripada datuk kepada Muhammad bin Abd al-Rahman al-Zuhri, dia berkata: Seorang lelaki dari Bani Salil telah bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah seseorang lelaki itu boleh menangguhkan pembayaran (mahar) isterinya? Baginda berkata: “Ya, jika dia seorang yang miskin”, maka Abu Bakar berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dia katakan kepadamu? Dan apa yang anda katakan kepadanya? Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Sesungguhnya dia berkata: Adakah seorang lelaki boleh melambatkan pembayaran hutang kepada ahli keluarganya? Lalu saya berkata kepadanya: Ya, jika dia seorang yang muflis”, Maka Abu Bakr berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah mengelilingi ke serata tanah Arab dan telah mendengar ahli bahasa mereka, akan tetapi aku tidak pernah mendengar orang yang lebih fasih daripadamu, siapakah yang mendidikmu? Baginda berkata: “Tuhanku yang mendidikku dan aku dibesarkan di dalam Bani Sa’d”. [Riwayat al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2185]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs