TEKS BAHASA ARAB
أدبني ربي، فأحسن تأديبي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tuhanku telah mendidikku dengan sebaik-baik pendidikan
STATUS
Lemah (Isnadnya tidak diketahui thabit, adapun maknanya sahih)
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis nombor 8935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف): ((أدبني ربي، فأحسن تأديبي)). [ذكره ابن تيمية في ((مجموعة الرسائل الكبرى))، ((الضعيفة)) (72)]
(Lemah): Tuhanku telah mendidikku dengan sebaik-baik pendidikan. [Riwayat Ibn Taimiyyah dalam Majmū‘ah al-Rasāil al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 72]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.