Tuhanku telah mendidikku dan Dia telah mendidikku dengan baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: أدبني ربي فأحسن تأديبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tuhanku telah mendidikku dan Dia telah mendidikku dengan baik.

STATUS

Tidak Sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 327, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف له إسناد ثابت.

Tidak diketahui bahawa ada sanad yang thabit bagi hadith tersebut.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.