TEKS BAHASA ARAB
وعدني ربي في أهل بيتي من أقر منهم بالتوحيد أن لا يعذبهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk ahli keluargaku, sesiapa daripada kalangan mereka yang memperakui tauhid, supaya Allah tidak mengazab mereka.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis nombor 2452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «وعدني ربي في أهل بيتي من أقر منهم بالتوحيد أن لا يعذبهم». [الملخص في «الفوائد المنتقاة»، عد، ك، «الضعيفة» (1975)].
(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk ahli keluargaku, sesiapa daripada kalangan mereka yang memperakui tauhid, supaya Allah tidak mengazab mereka.” [Riwayat al-Mukhallis dalam al-Fawa'id al-Muntaqah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1975].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.