Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk ahli keluargaku

Teks Bahasa Arab

وعَدَني ربي في أهلِ بيتِي مَن أَقَرَّ منهم بالتوحيدِ أن لا يُعَذِّبَهم.

Teks Bahasa Melayu

Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk ahli keluargaku, sesiapa daripada kalangan mereka yang memperakui tauhid, supaya Allah tidak mengazab mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis no. 2452.

(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «وعدني ربي في أهل بيتي من أقر منهم بالتوحيد أن لا يعذبهم». [الملخص في «الفوائد المنتقاة»، عد، ك، «الضعيفة» (1975)].

(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk ahli keluargaku, sesiapa daripada kalangan mereka yang memperakui tauhid, supaya Allah tidak mengazab mereka.” [Riwayat al-Mukhallis dalam al-Fawa'id al-Muntaqah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1975].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.