Tuhanku melarangku dari menzalimi seorang Muahid dan selainnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن يهوديا كان يقال له: ‌جريجرة كان له على رسول الله صلى الله عليه وسلم دنانير فتقاضى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: له: يا يهو دي! ما عندي ما أعطيك، قال: فإني لا أفارقك يا محمد! حتى تعطيني، فقال صلى الله عليه وسلم: إذا أجلس معك، فجلس معه، فصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في ذلك الموضع الظهر والعصر والمغرب والعشاء الآخرة والغداة، وكان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يتهددونه ويتوعدونه، ففطن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ما الذي تصنعون به؟ فقالوا: يا رسول الله! يهودي يحبسك! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: منعني ربي أن أظلم معاهدا ولا غيره، فلما رحل النهار قال اليهودي: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. وقال: شطر مالي في سبيل الله، أما والله ما فعلت الذي فعلت بك إلا لأنظر إلى نعتك في التوراة "محمد بن عبد الله مولده بمكة، ومهاجره بطيبة، وملكه بالشام، ليس بفظ ولا غليظ ولا سخاب في الأسواق، ولا متزي بالفحش ولا قول الخنا" أشهد أن لا إله إلا الله، وأنك رسول الله، هذا مالي فاحكم فيه بما أراك الله، وكان اليهودي كثير المال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa seorang Yahudi yang dipanggil Juraijirah, Rasulullah SAW mempunyai hutang beberapa dinar dengannya lalu Nabi SAW berjumpa dengannya dan berkata: Wahai Yahudi! Aku tidak mempunyai apa-apapun untuk diberikan kepadamu. Dia berkata: Aku tidak akan berpisah darimu wahai Muhammad sehingga engkau memberikan kepadaku. Nabi SAW berkata: Kalau begitu aku akan duduk bersamamu. Lalu dia duduk bersamanya, lalu Nabi SAW solat bersamanya pada tempat itu solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Lalu sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengancamnya. Lalu Rasulullah SAW menyedarinya dan berkata: “Apa yang engkau lakukan terhadapnya?" Lalu mereka berkata: "Wahai Rasulullah SAW! Seorang Yahudi sedang menahanmu!" Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tuhanku melarangku dari menzalimi seorang Muahid dan selainnya.” Apabila tiba waktu siang, Yahudi itu berkata: "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah." Dia berkata lagi: "Sebahagian hartaku adalah untuk ke jalan Allah, demi Allah aku tidak melakukan apa yang pernah aku lakukan kepadamu melainkan kerana aku melihat sifatmu di dalam Taurat: “Muhammad bin Abdullah dilahirkan di Mekah, dia berhijrah ke Taibah (Madinah), kekuasaannya hingga ke Syam, dia bukanlah seorang yang kasar dan keras hati mahupun kuat memekik di kedai, bukan pula seorang yang berkelakuan buruk dan berkata khianat.” Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan engkau ada pesuruh Allah, inilah hartaku maka hukumlah aku sebagaimana Allah mahu engkau lakukan." Orang Yahudi itu mempunyai harta yang banyak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 781, hadis nombor 4009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه. "أن يهوديا كان يقال له: ‌جريجرة كان له على رسول الله صلى الله عليه وسلم دنانير فتقاضى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: له: يا يهو دي! ما عندي ما أعطيك، قال: فإني لا أفارقك يا محمد! حتى تعطيني، فقال صلى الله عليه وسلم: إذا أجلس معك، فجلس معه، فصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في ذلك الموضع الظهر والعصر والمغرب والعشاء الآخرة والغداة، وكان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يتهددونه ويتوعدونه، ففطن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ما الذي تصنعون به؟ فقالوا: يا رسول الله! يهودي يحبسك! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: منعني ربي أن أظلم معاهدا ولا غيره، فلما رحل النهار قال اليهودي: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. وقال: شطر مالي في سبيل الله، أما والله ما فعلت الذي فعلت بك إلا لأنظر إلى نعتك في التوراة "محمد بن عبد الله مولده بمكة، ومهاجره بطيبة، وملكه بالشام، ليس بفظ ولا غليظ ولا سخاب في الأسواق، ولا متزي بالفحش ولا قول الخنا" أشهد أن لا إله إلا الله، وأنك رسول الله، هذا مالي فاحكم فيه بما أراك الله، وكان اليهودي كثير المال. [ك، ((الضعيفة)) (1795)]

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA: Bahawa seorang Yahudi yang dipanggil Juraijirah, Rasulullah SAW mempunyai hutang beberapa dinar dengannya lalu Nabi SAW berjumpa dengannya dan berkata: Wahai Yahudi! Aku tidak mempunyai apa-apapun untuk diberikan kepadamu. Dia berkata: Aku tidak akan berpisah darimu wahai Muhammad sehingga engkau memberikan kepadaku. Nabi SAW berkata: Kalau begitu aku akan duduk bersamamu. Lalu dia duduk bersamanya, lalu Nabi SAW solat bersamanya pada tempat itu solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Lalu sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengancamnya. Lalu Rasulullah SAW menyedarinya dan berkata: “Apa yang engkau lakukan terhadapnya?" Lalu mereka berkata: "Wahai Rasulullah SAW! Seorang Yahudi sedang menahanmu!" Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tuhanku melarangku dari menzalimi seorang Muahid dan selainnya.” Apabila tiba waktu siang, Yahudi itu berkata: "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah." Dia berkata lagi: "Sebahagian hartaku adalah untuk ke jalan Allah, demi Allah aku tidak melakukan apa yang pernah aku lakukan kepadamu melainkan kerana aku melihat sifatmu di dalam Taurat: “Muhammad bin Abdullah dilahirkan di Mekah, dia berhijrah ke Taibah (Madinah), kekuasaannya hingga ke Syam, dia bukanlah seorang yang kasar dan keras hati mahupun kuat memekik di kedai, bukan pula seorang yang berkelakuan buruk dan berkata khianat.” Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan engkau ada pesuruh Allah, inilah hartaku maka hukumlah aku sebagaimana Allah mahu engkau lakukan." Orang Yahudi itu mempunyai harta yang banyak. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1795]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.