Tuhan kamu telah berfirman: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku!

TEKS BAHASA ARAB

قال ربكم: وعزتي وجلالي! لأنتقمن من الظالم في عاجله وآجله، ولأنتقمن ممن رأى مظلوما فقدر أن ينصره فلم يفعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuhan kamu telah berfirman: {Demi kemuliaan dan keagungan-Ku! Aku akan memberi hukuman kepada orang yang zalim segera (di dunia) dan lewat (di akhirat). Serta Aku akan memberi hukuman kepada mereka yang melihat orang yang dizalimi padahal dia mampu untuk membantunya, namun dia tidak melakukannya}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 98, hadis nombor 506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: قال ربكم: وعزتي وجلالي! لأنتقمن من الظالم في عاجله وآجله، ولأنتقمن ممن رأى مظلوما فقدر أن ينصره فلم يفعل.
[طب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، أبو الشيخ في ((الترغيب))، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5422)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tuhan kamu telah berfirman: {Demi kemuliaan dan keagungan-Ku! Aku akan memberi hukuman kepada orang yang zalim segera (di dunia) dan lewat (di akhirat). Serta Aku akan memberi hukuman kepada mereka yang melihat orang yang dizalimi padahal dia mampu untuk membantunya, namun dia tidak melakukannya}.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, Abū al-Shaykh dalam al-Targhīb, Abū Aḥmad al-Ḥākim dalam al-Kunā dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damsyiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5422]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs