Tuhan kalian takjub dengan penyembelihan biri-biri kalian pada hari raya kalian ini

TEKS BAHASA ARAB

عجب ربكم من ذبحكم الضأن في يوم عيدكم هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuhan kalian takjub dengan penyembelihan biri-biri kalian pada hari raya kalian ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 395, hadis nombor 2109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «عجب ربكم من ذبحكم الضأن في يوم عيدكم هذا». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، هب، فر، «الضعيفة» (2261)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tuhan kalian takjub dengan penyembelihan biri-biri kalian pada hari raya kalian ini". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar al-Asbahan, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2261].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.