TEKS BAHASA ARAB
طوبى : شجرة غرسها الله بيده، ونفخ فيها من روحه، تنبت بالحلي والحلل، وإن أغصانها لترى من وراء سور الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tuba ialah pokok yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya, dan meniupkan padanya dari ruh-Nya, menumbuhkan pelbagai perhiasan, rantingnya terlihat dari belakang bangunan-bangunan syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667, hadis nombor 3440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن معاوية بن قرة عن أبيه -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((طوبى: شجرة عرساها الله بيده، ونفخ فيها من روحه، تنبت بالحلي والحلل، وإن أغصانها لترى من وراء سور الجنة)).[ابن جرير، ((الضعيفة)) (3830)]
(Palsu) Daripada Muawiyah bin Qurrah dari ayahnya RA secara marfu’: Tuba ialah pokok yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya, dan meniupkan padanya dari ruh-Nya, menumbuhkan pelbagai perhiasan, rantingnya terlihat dari belakang bangunan-bangunan syurga. [Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3830]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.