Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tuba ialah pokok yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya

Teks Bahasa Arab

طُوبَى : شجرةٌ غرسها اللهُ بيدِهِ، ونفخ فيها من رُوحِهِ، تُنْبِتُ بالحُلِيِّ والحُلَلِ، وإن أغصانَها لتُرَى من وراءِ سُورِ الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tuba ialah pokok yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya, dan meniupkan padanya dari ruh-Nya, menumbuhkan pelbagai perhiasan, rantingnya terlihat dari belakang bangunan-bangunan syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667, hadis no. 3440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن معاوية بن قرة عن أبيه -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((طوبى: شجرة عرساها الله بيده، ونفخ فيها من روحه، تنبت بالحلي ‌والحلل، وإن أغصانها لترى من وراء سور الجنة)).[ابن جرير، ((الضعيفة)) (3830)]

(Palsu) Daripada Muawiyah bin Qurrah dari ayahnya RA secara marfu’: Tuba ialah pokok yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya, dan meniupkan padanya dari ruh-Nya, menumbuhkan pelbagai perhiasan, rantingnya terlihat dari belakang bangunan-bangunan syurga. [Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3830]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.