Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اهرِقِ الخمرَةَ، واكسِرِ الدِّنانِ.
Teks Bahasa Melayu
Tuanglah arak itu dan pecahkanlah bekasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Talhah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis no. 2143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي طلحة - رضي الله عنه - أنه قال: يا نبي الله إني اشتريت خمراً لأيتام في حجري؟ قال: «اهرق الخمرة، واكسر الدنان». [ت، «الضعيفة» (3350)].
(Lemah) Daripada Abu Talhah RA, bahawa beliau berkata: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku telah membeli arak untuk anak-anak yatim di bawah jagaanku?". Baginda menjawab: "Tuanglah arak itu dan pecahkanlah bekasnya". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3350].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman