Tuan rumah tidak boleh berpuasa

TEKS BAHASA ARAB

لا يصوم صاحب البيت إلا بإذن الضيف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuan rumah tidak boleh berpuasa melainkan dengan keizinan dari tetamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا يصوم صاحب البيت إلا بإذن الضيف)). [فر، ((الضعيفة)) (5755)]

(Munkar)
Daripada ‘A’ishah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tuan rumah tidak boleh berpuasa melainkan dengan keizinan dari tetamu.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5755]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.