Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَصُومُ صَاحِبُ البَيْتِ إِلَّا بِإِذْنِ الضَّيْفِ.
Teks Bahasa Melayu
Tuan rumah tidak boleh berpuasa melainkan dengan keizinan dari tetamu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis no. 1219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لا يصوم صاحب البيت إلا بإذن الضيف)). [فر، ((الضعيفة)) (5755)]
(Munkar) Daripada ‘A’ishah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tuan rumah tidak boleh berpuasa melainkan dengan keizinan dari tetamu. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5755]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman