Tuan punya barang lebih berhak untuk membuat tawar menawar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيد السلعة ‌أحق ‌أن ‌يستام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuan punya barang lebih berhak untuk membuat tawar menawar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 630, hadis nombor 3277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن سعيد قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((سيد السلعة ‌أحق ‌أن ‌يستام)). [أبو داود في ((المراسيل))، هق، ش، ((الضعيفة)) (5899)].

(Lemah)
Daripada Umar bin Said berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tuan punya barang lebih berhak untuk membuat tawar menawar.”
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5899].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.