Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيِّدُ السِّلعةِ أحقُّ أن يَستامَ.
Teks Bahasa Melayu
Tuan punya barang lebih berhak untuk membuat tawar menawar.
Sahabat Perawi
- Umar bin Said
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 630, hadis no. 3277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن سعيد قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((سيد السلعة أحق أن يستام)). [أبو داود في ((المراسيل))، هق، ش، ((الضعيفة)) (5899)].
(Lemah) Daripada Umar bin Said berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tuan punya barang lebih berhak untuk membuat tawar menawar.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5899].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman