Tuan membina rumah dan membuat kenduri, menghantar utusan, tuan itu adalah al-Jabbar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيد بنى دارا، واتخذ ‌مأدبة، وبعث داعيا، فالسيد الجبار، والمأدبة القرآن، والدار الجنة، والداعي أنا، فأنا اسمي في القرآن محمد، وفي الإنجيل أحمد، وفي التوراة أحيد، وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم، وأحبوا العرب بكل قلوبكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuan membina rumah dan membuat kenduri, menghantar utusan, tuan itu adalah al-Jabbar, kenduri itu adalah al-Quran, rumah itu adalah syurga, utusan itu adalah aku, namaku di dalam al-Quran adalah Muhammad, namaku di dalam Injil adalah Ahmad, dalam Taurat adalah Ahyad, aku dinamakan Ahyad kerana aku memelihara umatku dari neraka Jahannam dan aku mencintai Arab dengan seluruh hati kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655, hadis nombor 3379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((سيد بنى دارا، واتخذ ‌مأدبة، وبعث داعيا، فالسيد الجبار، والمأدبة القرآن، والدار الجنة، والداعي أنا، فأنا اسمي في القرآن محمد، وفي الإنجيل أحمد، وفي التوراة أحيد، وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم، وأحبوا العرب بكل قلوبكم)). [عد، ((الضعيفة)) (1865)]

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tuan membina rumah dan membuat kenduri, menghantar utusan, tuan itu adalah al-Jabbar, kenduri itu adalah al-Quran, rumah itu adalah syurga, utusan itu adalah aku, namaku di dalam al-Quran adalah Muhammad, namaku di dalam Injil adalah Ahmad, dalam Taurat adalah Ahyad, aku dinamakan Ahyad kerana aku memelihara umatku dari neraka Jahannam dan aku mencintai Arab dengan seluruh hati kamu.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1865]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.