Tuan kubur ini dikenakan azab kubur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه مسه شيء من عذابِ القبر، فقال لي: يا محمد! فشفعت إلى ربي أن يخفف عنه إلى أن تجف هاتان الجريدتان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuan kubur ini dikenakan azab kubur. Dia berkata kepada aku: Wahai Muhammad. Lantas aku memohon syafaat kepada Tuhan agar Dia meringankan azabnya sehingga dua bahagian pelepah ini kering.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1927 hadis nombor 9670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي رافع رضي الله عنه ، قال: كنا مع النبي ﷺ في جنازة، إذ سمع شيئاً في قبر، فقال لبلال: ائتني بجريدة خضراء. فكسرها باثنتين، وترك نصفها عند رأسها ونصفها عند رجليه، فقال له عمر: لم يا رسول الله فعلت هذا به؛ قال: إنه مسه شيء من عذابِ القبر، فقال لي: يا محمد! فشفعت إلى ربي أن يخفف عنه إلى أن تجف هاتان الجريدتان.
[الذهبي، ((الضعيفة)) (6007)]

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Rafi’ RA, beliau berkata: Kami bersama Nabi SAW mengiringi jenazah. Secara tiba-tiba, Baginda terdengar suara dari kubur. Baginda berkata kepada Bilal: Berikan aku pelepah hijau. Lalu Baginda mematahkan pelepah tadi menjadi dua dan meletakkan separuh di kepala dan separuh lagi di dua kaki kubur tersebut. Umar berkata kepada Baginda: Wahai Rasulullah, mengapa kamu lakukan sedemikian rupa? Baginda bersabda: Tuan kubur ini dikenakan azab kubur. Dia berkata kepada aku: Wahai Muhammad. Lantas aku memohon syafaat kepada Tuhan agar Dia meringankan azabnya sehingga dua bahagian pelepah ini kering.
[Riwayat al-Dzahabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6007]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.