Tonggak bagi seseorang ialah akalnya

TEKS BAHASA ARAB

قوام المرء عقله ولا دين لمن لا عقل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tonggak bagi seseorang ialah akalnya dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak mempunyai akal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 61, hadis nombor 341. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Hamid bin Adam, beliau didakwa melakukan pemalsuan hadith, maka beliaulah perekanya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.