Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tonggak bagi seseorang ialah akalnya

Teks Bahasa Arab

قِوَامُ المَرْءِ عَقْلُهُ وَلاَ دِينَ لَمِنْ لاَ عَقْلَ لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tonggak bagi seseorang ialah akalnya dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak mempunyai akal.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 61, hadis no. 341. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Hamid bin Adam, beliau didakwa melakukan pemalsuan hadith, maka beliaulah perekanya.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.