Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "الدَّمُ مِقْدَارُ الدِّرْهَمِ يُغْسَلُ وَتُعَادُ مِنْهُ الصَّلاةُ"
Teks Bahasa Melayu
Hadith: “Tompokan darah sebesar satu dirham, (mestilah) dibasuh dan solat digantikan kerananya”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 6, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Khatib meriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi), hadith ini adalah palsu kerana Nuh ibn Abi Maryam dituduh sebagai pemalsu hadith.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman