Tolaklah kelemahan (dan keinginan) orang yang meminta walau dengan (sesuatu seperti sekecil) kepala lalat

TEKS BAHASA ARAB

ردوا مذمة السائل ولو بمثل رأس الذباب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tolaklah kelemahan (dan keinginan) orang yang meminta walau dengan (sesuatu seperti sekecil) kepala lalat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis nombor 4443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ردوا مذمة السائل ولو بمثل رأس الذباب)). [عق، ((الضعيفة)) (1974)].

(Palsu)
Daripada Aishah RA secara marfu’: “Tolaklah kelemahan (dan keinginan) orang yang meminta walau dengan (sesuatu seperti sekecil) kepala lalat.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1974].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs