Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رُدُّوا مَذَمَّةَ السَّائِلِ وَلَوْ بِمِثْلِ رَأْسَ الذُّبابِ.
Teks Bahasa Melayu
Tolaklah celaan orang yang meminta-minta sekalipun dengan (memberi sesuatu yang saiznya) seperti kepala lalat.
Sahabat Perawi
- 'Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 41, hadis no. 206. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-'Uqaili telah mendakwa Ishaq bin Najih al-Multi melakukan pemalsuan kerana beliau seorang perawi pendusta. Al-Zahabi menyatakan al-'Uqaili telah terkeliru, al-Zahabi telah mendakwa 'Uthman bin 'Abdul Rahman al-Waqqasi melakukan penipuan. Kata al-Zahabi: Kerana Ishaq tersebut dalam sanadnya bukanlah Ishaq al-Multi, bahkan Ishaq yang lain. Demikian kata al-Zahabi. Siapapun dia, hadith tersebut tetap palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman