Pada malam pertama bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu langit, dan pintu-pintu tersebut tidak akan ditutup sehinggalah malam terakhir Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان أول ليلة من رمضان فتحت أبواب السماء فلا يغلق منها باب حتى يكون آخر ليلة من رمضان. فليس من عبد مؤمن يصلي ليلة إلا كتب الله له ألفاً وخمس مئة حسنة بكل سجدة، ويبنى له بيت في الجنة من ياقوتة حمراء لها ستون ألف باب لكل باب منها قصر من ذهب موشح بياقوتة حمراء. فإذا صام أول يوم من رمضان؛ غفر له ما تقدم إلى مثل ذلك اليوم من شهر رمضان. ويستغفر له كل يوم سبعون ألف ملك من صلاة الغداة إلى أن توارى بالحجاب، وكان له بكل سجدة يسجدها في شهر رمضان بليل أو نهار شجرة يسير الراكب في ظلها خمس مئة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam pertama bulan Ramadan; dibukakan pintu-pintu langit, dan pintu-pintu tersebut tidak akan ditutup sehinggalah malam terakhir Ramadan. Maka tidak ada seorang pun dalam kalangan hamba yang bersolat malam melainkan Allah akan mencatat baginya 1500 kebaikan dalam setiap sujudnya. Dan dibinakan sebuah rumah untuknya di syurga dibina daripada batu permata berwarna merah, serta terdapat 60 ribu pintu; dan pada setiap pintu itu terdapat istana daripada emas yang diukir dengan batu permata merah. Apabila seseorang berpuasa pada hari pertama Ramadan; maka diampunkan dosanya yang lalu sehingga menjelang Ramadan berikutnya. Dan terdapat 70 ribu malaikat memohon keampunan buatnya setiap hari dalam solat Subuh hinggalah ke malam hari. Dan bagi setiap sujud yang dilakukan dalam bulan Ramadan, sama ada pada waktu siang atau malam, dia memiliki sebatang pohon yang mana luas naungannya (pokok) umpama seorang penunggang (kuda) menempuh perjalanan selama lima ratus tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1146, hadis nombor 5800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان أول ليلة من رمضان فتحت أبواب السماء فلا يغلق منها باب حتى يكون آخر ليلة من رمضان. فليس من عبد مؤمن يصلي ليلة إلا كتب الله له ألفاً وخمس مئة حسنة بكل سجدة ويبنى له بيت في الجنة من ياقوتة حمراء لها ستون ألف باب لكل باب منها قصر من ذهب موشح بياقوتة حمراء. فإذا صام أول يوم من رمضان غفر له ما تقدم إلى مثل ذلك اليوم من شهر رمضان. ويستغفر له كل يوم سبعون ألف ملك من صلاة الغداة إلى أن توارى بالحجاب وكان له بكل سجدة يسجدها في شهر رمضان بليل أو نهار شجرة يسير الراكب في ظلها خمس مئة عام. [هب، الأصبهاني، الضعيفة (5469)]

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada malam pertama bulan Ramadan; dibukakan pintu-pintu langit, dan pintu-pintu tersebut tidak akan ditutup sehinggalah malam terakhir Ramadan. Maka tidak ada seorang pun dalam kalangan hamba yang bersolat malam melainkan Allah akan mencatat baginya 1500 kebaikan dalam setiap sujudnya. Dan dibinakan sebuah rumah untuknya di syurga dibina daripada batu permata berwarna merah, serta terdapat 60 ribu pintu; dan pada setiap pintu itu terdapat istana daripada emas yang diukir dengan batu permata merah. Apabila seseorang berpuasa pada hari pertama Ramadan; maka diampunkan dosanya yang lalu sehingga menjelang Ramadan berikutnya. Dan terdapat 70 ribu malaikat memohon keampunan buatnya setiap hari dalam solat Subuh hinggalah ke malam hari. Dan bagi setiap sujud yang dilakukan dalam bulan Ramadan, sama ada pada waktu siang atau malam, dia memiliki sebatang pohon yang mana luas naungannya (pokok) umpama seorang penunggang (kuda) menempuh perjalanan selama lima ratus tahun. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5469]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs