Wahai Humaira’, jangan makan tanah

TEKS BAHASA ARAB

يا حميراء لا تأكلي الطين فإنه يورث كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Humaira, jangan makan tanah kerana ia mewariskan begitu dan begini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 52-53, hadis nombor 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…
Semua hadis yang menyebutkan lafaz “Wahai Humaira” atau “al-Humaira” ialah penipuan lagi palsu.
Contoh hadis lainnya:
يَا حُمَيْرَاءُ لا تَأْكُلِي الطِّينَ فَإِنَّهُ يُورِثَ كَذَا وَكَذَا
“Wahai Humaira’, jangan makan tanah kerana ia mewariskan begitu dan begini.”

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs