Rasulullah SAW membeli kuda daripada Sawa’ Bin al-Harith al-Muharibi

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله ابتاع من سواء بن الحارث المحاربي فرسا فجحده، فشهد له خزيمة فقال له رسول الله: ما حملك علي الشهادة ولم تكن معه؟ قال: صدقت يا رسول الله، ولكن صدقتك بما قلت وعرفت أنك لا تقول إلا حقا فقال: من شهد له خزيمة أو شهد عليه فهو حسبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW membeli kuda daripada Sawa’ Bin al-Harith al-Muharibi. Lalu beliau menafikannya. Lantas Khuzaimah Bin Thabit bersaksi atas Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Apakah yang membuat kamu bersaksi sedangkan kamu tiada bersamanya? Khuzaimah berkata: Kamu benar, wahai Rasulullah, akan tetapi aku membenarkan apa yang kamu kata dan aku tahu bahawa kamu tidak akan berkata melainkan kebenaran. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang disaksikan oleh Khuzaimah atau bersaksi atas beliau maka sudah cukup.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis nombor 9617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن خزيمة بن ثابت رضي الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ابتاع من سواء بن الحارث المحاربي فرسا فجحد فشهد له خزيمة بن ثابت فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما حملك على الشهادة ولم تكن معه؟ قال: صدقت يا رسول الله ولكن صدقتك بما قلت وعرفت أنك لا تقول إلا حقا. فقال: من شهد له خزيمة أو شهد عليه فهو حسبه.
[تخ، طب، ك، هق، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5717)]

(Munkar)
Daripada Khuzaimah Bin Thabit RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW membeli kuda daripada Sawa’ Bin al-Harith al-Muharibi. Lalu beliau menafikannya. Lantas Khuzaimah Bin Thabit bersaksi atas Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Apakah yang membuat kamu bersaksi sedangkan kamu tiada bersamanya? Khuzaimah berkata: Kamu benar, wahai Rasulullah, akan tetapi aku membenarkan apa yang kamu kata dan aku tahu bahawa kamu tidak akan berkata melainkan kebenaran. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang disaksikan oleh Khuzaimah atau bersaksi atas beliau maka sudah cukup.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Khatib dalam al-Muwaddihu. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5717]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs