Enam sikap yang mewariskan kelupaan

TEKS BAHASA ARAB

ست خصال تورث النسيان: أكل سؤر الفأر وإلقاء القمل في النار وهي حية والبول في الماء الراكد وقطع القطار ومضغ العلك وأكل التفاح الحامض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Enam sikap yang mewariskan kelupaan; makan sisa makanan tikus, melempar kutu dalam api hidup-hidup, kencing pada air yang bertakung, menahan perjalanan sekawan unta-unta, mengunyah getah pokok dan makan epal masam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 52, hadis nombor 86. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW.
Contoh berikutnya adalah hadis:
سِتُّ خِصَاٍل تُورِثُ النِّسْيَانَ: أَكْلُ سُؤْرِ الْفَأْرِ وَإِلْقَاءِ الْقَمْلِ فِي النَّارِ وَهِيَ حَيَّةٌ وَالْبَوْلُ فِي الْمَاءِ الرَّاكِدِ وَقَطْعُ الْقِطَارِ وَمَضْغُ الْعِلْكِ وَأَكْلُ الْتُّفاَّحِ الْحَامِضِ
“Enam sikap yang mewariskan kelupaan; makan sisa makanan tikus, melempar kutu dalam api hidup-hidup, kencing pada air yang bertakung, menahan perjalanan sekawan unta-unta, mengunyah getah pokok dan makan epal masam.”