Amalan itu akan di di datangkan, dalam riwayat lain : dibentangkan pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

‌تجيء وفي لفظٍ: تعرض الأعمال يوم القيامة فتجيء الصلاة فتقول: يارب أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يارب أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب أنت السلام وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير بك اليوم آخذ وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه {ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan itu akan di di datangkan, dalam riwayat lain : dibentangkan pada hari kiamat, maka solat akan datang lalu solat berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Maka Allah berfirman: Sesungguhnya engkau wahai solat dalam kebaikan. Maka datang sedekah dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Maka Allah berkata: Engkau dalam kebaikan. Kemudian datang pula puasa lalu berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa, maka Allah berfirman: Engkau dalam kebaikan. Kemudian datang amalan-amalan yang sekian-sekian, maka Allah SWT berfirman: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Kemudian datang Islam lalu berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam, dan aku adalah Islam. Lalu, Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan, dengan engkau hari ini Aku ambil dan dengan engkau ini Aku memberi. Allah berfirman di dalam kitab-Nya: "Dan barangsiapa yang mengikut selain daripada agama Islam maka tidak akan diterima selama-lamanya, dan dia adalah dalam kalangan orang yang rugi pada hari akhirat."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1152, hadis nombor 5827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌تجيء وفي لفظٍ: تعرض الأعمال يوم القيامة فتجيء الصلاة فتقول: يارب أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يارب أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب أنت السلام وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير بك اليوم آخذ وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه {ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين}. [حم، ع، طس، الضعيفة (5780)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Amalan itu akan di di datangkan, dalam riwayat lain : dibentangkan pada hari kiamat, maka solat akan datang lalu solat berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Maka Allah berfirman: Sesungguhnya engkau wahai solat dalam kebaikan. Maka datang sedekah dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Maka Allah berkata: Engkau dalam kebaikan. Kemudian datang pula puasa lalu berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa, maka Allah berfirman: Engkau dalam kebaikan. Kemudian datang amalan-amalan yang sekian-sekian, maka Allah SWT berfirman: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Kemudian datang Islam lalu berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam, dan aku adalah Islam. Lalu, Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan, dengan engkau hari ini Aku ambil dan dengan engkau ini Aku memberi. Allah berfirman di dalam kitab-Nya: "Dan barangsiapa yang mengikut selain daripada agama Islam maka tidak akan diterima selama-lamanya, dan dia adalah dalam kalangan orang yang rugi pada hari akhirat." [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Musnad Abi Ya’la dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs