Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tinta (tulisan) ulama ditimbang

Teks Bahasa Arab

وُزِنَ حِبْرُ الْعُلَمَاءِ بِدَمِ الشُّهَدَاءِ فَرَجَحَ عَلَيْهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Tinta (tulisan) ulama ditimbang dengan darah orang-orang yang mati syahid, lalu tinta ulama mengatasi mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 77, hadis no. 448. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Para huffaz berkata: "Palsu", kepalsuannya jelas.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.