Tinta para ulama ditimbang dengan darah para syahid

TEKS BAHASA ARAB

وزن حبر العلماء بدم الشهداء، فرجح عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinta para ulama ditimbang dengan darah para syahid, lalu tinta para ulama mengatasi mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1281, hadis nombor 6565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: وزن حبر العلماء بدم الشهداء، فرجح عليهم.
[خط، ((الضعيفة)) (4748)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tinta para ulama ditimbang dengan darah para syahid, lalu tinta para ulama mengatasi mereka.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4748]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs