Tinta para ulama adalah lebih utama berbanding darah para syahid

TEKS BAHASA ARAB

مداد العلماء أفضل من دم الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinta para ulama adalah lebih utama berbanding darah para syahid.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 83, hadis nombor 371. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام الحسن، وفي معناه حديث النعمان بن بشير: “يوزن يوم القيامة مداد العلماء بدم الشهداء فيرجح مداد العلماء على دم الشهداء”.

Berasal daripada ucapan al-Hasan, semakna dengannya adalah hadith al-Nu'man bin Bashir: “Tinta para ulama akan ditimbang pada Hari Kiamat dengan darah para syahid. Lalu, tinta para ulama lebih berat berbanding darah para syahid”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs