Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِدَادُ الْعُلَمَاءِ أَفْضَلُ مِنْ دَمِ الشُّهَدَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Tinta para ulama adalah lebih utama berbanding darah para syahid.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 83, hadis no. 371. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام الحسن، وفي معناه حديث النعمان بن بشير: "يوزن يوم القيامة مداد العلماء بدم الشهداء فيرجح مداد العلماء على دم الشهداء".
Berasal daripada ucapan al-Hasan, semakna dengannya adalah hadith al-Nu'man bin Bashir: "Tinta para ulama akan ditimbang pada Hari Kiamat dengan darah para syahid. Lalu, tinta para ulama lebih berat berbanding darah para syahid".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman