Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: مداد الْعلمَاء أفضل من دِمَاء الشُّهَدَاء.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tinta para ulama adalah lebih utama berbanding darah para syahid.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 167, hadis no. 500. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الخطيب: موضوع. ذكره الزركشي.
Al-Khatib berkata: Palsu. Al-Zarkasyi telah menyebutkannya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman