Tingkatan syurga adalah mengikut kadar ayat al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

درج الجنة على قدر آي القرآن ، لكل آية درجة ، فتلك ستة آلاف ومئتا آية وست عشرة آية ، بين كل درجتين مقدار ما بين السماء والأرض ، فينتهي به إلى أعلى عليين ، لها سبعون ألف ركن ، وهي ياقوتة تضيء مسيرة أيام وليال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tingkatan syurga adalah mengikut kadar ayat al-Quran. Setiap ayat itu satu darjat, maka ia adalah 6216 ayat. Jarak antara dua darjat adalah seumpama langit dan bumi dan berakhir ke darjat Illiyyin. Ia mempunyai 70,000 tiang yang diperbuat dari batu permata (yaqut) yang menyinari siang dan malam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 681, hadis nombor 3503. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((درج الجنة على قدر آي القرآن ، لكل آية درجة، فتلك ستة آلاف ومئتا آية وست عشرة آية، بين كل درجتين مقدار ما بين السماء والأرض، فينتهي به إلى أعلى عليين، لها سبعون ألف ركن، وهي ياقوتة تضيء مسيرة أيام وليال)) [فر، ((الضعيفة)) (5718)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RA bahawa Rasulullah SAW berkata: “Tingkatan syurga adalah mengikut kadar ayat al-Quran. Setiap ayat itu satu darjat, maka ia adalah 6216 ayat. Jarak antara dua darjat adalah seumpama langit dan bumi dan berakhir ke darjat Illiyyin. Ia mempunyai 70,000 tiang yang diperbuat dari batu permata (yaqut) yang menyinari siang dan malam.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.