Tinggalkanlah wanita cantik yang mandul dan kahwinilah wanita berkulit hitam yang subur

TEKS BAHASA ARAB

ذروا الحسناء العقيم، وعليكم بالسوداء الولود، فإني مكاثر بكم الأمم حتى بالسقط محبنطئا على باب الجنة، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل والدي معي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkanlah wanita cantik yang mandul dan kahwinilah wanita berkulit hitam yang subur. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku (pada hari kiamat kelak), hinggakan janin yang gugur itu menunggu di pintu syurga. Lalu dikatakan padanya: masuklah ke dalam syurga. Maka dia berkata: sehingga ayahku datang masuk bersamaku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 919, hadis nombor 4715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ذروا الحسناء العقيم، وعليكم بالسوداء الولود، فإني مكاثر بكم الأمم حتى بالسقط محبنطئا على باب الجنة، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل والدي معي)).
[عد، ((الضعيفة)) (1413)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tinggalkanlah wanita cantik yang mandul dan kahwinilah wanita berkulit hitam yang subur. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku (pada hari kiamat kelak), hinggakan janin yang gugur itu menunggu di pintu syurga. Lalu dikatakan padanya: masuklah ke dalam syurga. Maka dia berkata: sehingga ayahku datang masuk bersamaku.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1413].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.