Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَرُوا الحَسْناءَ العَقِيمَ، وعليكم بالسَّوْداءِ الوَلُودِ، فإني مُكَاثِرٌ بكم الأُمَمَ حتى بالسَّقْطِ مُحْبَنْطِئًا على بابِ الجنةِ، فيُقالُ له: ادخُلِ الجنةَ. فيقولُ: حتى يدخلَ والِدَيَّ مَعِي.
Teks Bahasa Melayu
Tinggalkanlah wanita cantik yang mandul dan kahwinilah wanita berkulit hitam yang subur. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku (pada hari kiamat kelak), hinggakan janin yang gugur itu menunggu di pintu syurga. Lalu dikatakan padanya: masuklah ke dalam syurga. Maka dia berkata: sehingga ayahku datang masuk bersamaku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 919, hadis no. 4715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ذروا الحسناء العقيم، وعليكم بالسوداء الولود، فإني مكاثر بكم الأمم حتى بالسقط محبنطئا على باب الجنة، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل والدي معي. [عد، الضعيفة (1413)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tinggalkanlah wanita cantik yang mandul dan kahwinilah wanita berkulit hitam yang subur. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku (pada hari kiamat kelak), hinggakan janin yang gugur itu menunggu di pintu syurga. Lalu dikatakan padanya: masuklah ke dalam syurga. Maka dia berkata: sehingga ayahku datang masuk bersamaku. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1413].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman