Tinggalkanlah untuk perdamaian satu ruang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ابق للصلح موضعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkanlah untuk perdamaian satu ruang.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 11, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام عمر بن ذر. فعن سفيان بن عيينة: كان ابن عياش يقع في عمر بن ذر، فلقيه عمر، فقال: "يا هذا! لا تفرط في شتمنا، وابق للصلح موضعا، فإنا لا نكافئ من عصى الله فينا بأكثر من أن نطيع الله فيه".

Melalui kalam 'Umar bin Zar. Diriwayatkan daripada Sufyan bin 'Uyainah: Ibn 'Ayyash selalu mencela 'Umar bin Zar, lalu 'Umar pun bertemu beliau, kata 'Umar: "Wahai tuan! Janganlah anda melampau dalam mencela kami dan berikanlah ruang untuk perdamaian. Sesungguhnya orang yang menderhakai Allah (kerana melakukan celaan) terhadap kami tidaklah  sama dengan kami yang menta'ati Allah (dengan bersabar dan tidak membalas celaan) terhadapnya".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon