Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَبْقِ لِلصُّلْحِ مَوْضِعًا.
Teks Bahasa Melayu
Tinggalkanlah untuk perdamaian satu ruang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 11, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام عمر بن ذر. فعن سفيان بن عيينة: كان ابن عياش يقع في عمر بن ذر، فلقيه عمر، فقال: "يا هذا! لا تفرط في شتمنا، وابق للصلح موضعا، فإنا لا نكافئ من عصى الله فينا بأكثر من أن نطيع الله فيه".
Melalui kalam 'Umar bin Zar. Diriwayatkan daripada Sufyan bin 'Uyainah: Ibn 'Ayyash selalu mencela 'Umar bin Zar, lalu 'Umar pun bertemu beliau, kata 'Umar: "Wahai tuan! Janganlah anda melampau dalam mencela kami dan berikanlah ruang untuk perdamaian. Sesungguhnya orang yang menderhakai Allah (kerana melakukan celaan) terhadap kami tidaklah sama dengan kami yang menta'ati Allah (dengan bersabar dan tidak membalas celaan) terhadapnya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman