Tinggalkanlah rupawan yang mandul

TEKS BAHASA ARAB

دعوا الحسناء العاقر، وتزجوا السوداء الولود؛ فإني أكاثر بكم الأمم يوم القيامة، حتى السقط يظل محبنطئاً؛ أي: متغضباً، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل أبواي. فيقال: ادخل أنت وأبواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkanlah rupawan yang mandul dan berkahwinlah dengan si hitam yang subur; Kerana aku dianugerahkan dengan umat yang ramai pada hari kiamat, sehingga anak yang gugur marah. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga. Lalu dia berkata: Tidak sehingga ia dimasuki oleh kedua ibu bapaku. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah kamu bersama ibu bapamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 681, hadis nombor 3504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن سيرين قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((دعوا الحسناء العاقر، وتزجوا السوداء الولود؛ فإني أكاثر بكم الأمم يوم القيامة، حتى السقط يظل محبنطئا؛ أي: متغضبا، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل أبواي. فيقال: ادخل أنت وأبواك)). [عب، ((الضعيفة)) (5893)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Sirin berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tinggalkanlah rupawan yang mandul, dan berkahwinlah dengan si hitam yang subur; Kerana aku dianugerahkan dengan umat yang ramai pada hari kiamat, sehingga anak yang gugur marah. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga. Lalu dia berkata: Tidak sehingga ia dimasuki oleh kedua ibu bapaku. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah kamu bersama ibu bapamu.” [Riwayat Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5893]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs