Tinggalkanlah maksiat, kerana ia sebaik-baik hijrah

TEKS BAHASA ARAB

اهجري المعاصي؛ فإنها أفضل الهجرة، وحافظي على الفرائض؛ فإنها أفضل الجهاد، وأكثري من ذكر الله؛ فإنك لا تأتين بشيء أحب إليه من كثرة ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkanlah maksiat, kerana ia sebaik-baik hijrah. Dan jagalah solat fardu, kerana ia sebaik-baik jihad. Dan perbanyakkan berzikir kepada Allah, kerana tidak ada perbuatan yang kamu lakukan yang lebih Dia sukai daripada banyak berzikir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2040, hadis nombor 10266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سليم أم أنس بن مالك -رضي الله عنهما- أنها قالت: يا رسول الله: أوصني؟ قال: اهجري المعاصيَ؛ فإنَّها أفضلُ الهجرة، وحافظي على الفرائضِ؛ فإنها أفضلُ الجهاد، وأكثري من ذكرِ اللهِ؛ فإنَّك لا تأتينَّ بشيءٍ أحبَّ إليه من كثرةِ ذكرِه.
[طب، طس، ((الضعيفة)) (5119، 5537)]

(Lemah)
Daripada Umm Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, nasihatilah aku. Rasulullah SAW bersabda: Tinggalkanlah maksiat, kerana ia sebaik-baik hijrah. Dan jagalah solat fardu, kerana ia sebaik-baik jihad. Dan perbanyakkan berzikir kepada Allah, kerana tidak ada perbuatan yang kamu lakukan yang lebih Dia sukai daripada banyak berzikir.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5119, 5537]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs