Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tinggalkanlah dunia untuk ahlinya

Teks Bahasa Arab

دَعُوا الدنيا لأهلِها، من أخذ من الدنيا فوقَ ما يَكْفِيهِ أخذ حَتْفَهُ وهو لا يشعرُ.

Teks Bahasa Melayu

Tinggalkanlah dunia untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil dari dunia melebihi apa yang mencukupinya, dia telah mengambil kebinasaannya dalam keadaan dia tidak menyedarinya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2016, hadis no. 10125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: دعوا الدنيا لأهلها، من أخذ من الدنيا فوق ما يكفيه أخذ حتفه وهو لا يشعر. [فر، ((الضعيفة)) (3599)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tinggalkanlah dunia untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil dari dunia melebihi apa yang mencukupinya, dia telah mengambil kebinasaannya dalam keadaan dia tidak menyedarinya. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3599]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.