Tinggalkanlah dia kerana sesungguhnya dia itu perempuan angkuh

TEKS BAHASA ARAB

دعوها فإنها جبارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkanlah dia kerana sesungguhnya dia itu perempuan angkuh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis nombor 1234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: مر رسول الله ﷺ في طريق؛ ومرت امرأة سوداء، فقال لها رجل: الطريق، فقالت: الطريق ثم! فقال النبي ﷺ: «دعوها فإنها جبارة». [ع، عد، طس، حل، «الضعيفة» (6101)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ lalu di sebatang jalan, dan seorang perempuan berkulit hitam juga melalui (jalan itu). Seorang lelaki berkata kepadanya: "(Sila beri) jalan". Lantas perempuan itu membalas: "Jalan itu di sana!". Maka Nabi ﷺ bersabda: "Tinggalkanlah dia kerana sesungguhnya dia itu perempuan angkuh". [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6101].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs